antara realiti dan fantasi, sebuah ceritera adaptasi dari realiti menjadi fantasi. kebenaran atau kepalsuan, anda tentukan.
RSS

Wednesday, November 17, 2010

Salam 1 Malaysia

tak tahu lah kenapa harini aku bersemangat nak menulis pulak. takde apa2 special pun untuk entry ni, masih tetap sama, berharap dan mengharap, tanpa mahu berhenti untuk berharap. ok shu, I guess kau patut stop lah, orang yang kau harapkan sangat tu, orang yang pernah kau buang jauh2, dan orang tu pun dah bangun dan pergi jalan nun jauh dah pun. no turning back!!

ok, sekarang ni apa yang aku fikir ialah, apa yang dah jadi, apa yang dah lepas, itu semua dah jadi sejarah. sama ada dibukukan atau tak, biarkan sajep. memang lah memori tu kadang2 datang, sekali sekala tu memang dia mengacau dan meracau sampai hidup ni tak tenang, menangis bagai nak gila, tapi, benda tu takkan datang balik. yang pasti, masa depan future yang akan datang, benda tu kita tak boleh nak agak atau predict. go with the flow, redah dan redha :)

secondly, after all that happened, mungkin kita dah berlainan arah, mungkin jalan kau macam tu, jalan aku macam ni, mungkin kita tak sehaluan, eventhough all this while kita selalu sebut, best friends forever, till death do us apart, itu semua mungkin sebab kita sebumbung, atau mungkin kita memang dijodohkan untuk terus berkawan, atau mungkin sebab masa tu minat kita semua hampir sama. mungkin itu dulu, mungkin sekarang lain, atau masih sama, atau mungkin sebab dulu kita sama-sama super single, atau mungkin sebab kita tak berperasaan melebih-lebih towards each other, mungkin sekarang dia dah ada pasangan, mungkin masa depan aku ada pasangan aku, mungkin minat kita dah berubah, atau masih sama, atau mungkin in the future kita still perlukan each other, like it or not, you have to accept the fact, kita pernah berkawan, kita banyak memori bersama. bukan berniat nak membuang atau tak nak kawan lagi, tapi dah terasa kita semakin jauh, dah la rumah kita memang jauh, dah tak sebumbung lagi, bukan lah bermakna takde jodoh tapi, lepas ni mesti dah tak bersama sangat macam mana kita pernah bersama-sama lalui liku hari-hari macam dulu2.

orang selalu cakap, jangan bagi segalanya sebab, satu hari kalau kita kehilangan dia, nothing is left for us. ok ini memang fakta dan bukan auta, been there done that. ok, jangan ada yang terasa pulak, this is just what I feel, kalau rasa tak buat, jangan terasa. yes, aku pernah bagi almost everything kat orang yang aku terlalu sayang sangat and one day, it ended up to be, I got nothing. Nothing at all. sakit tu, macam, dah tak rasa sakit lagi. pendek kata, in a relationship tu, give and take la, dont give too much and dont take too much. suam2 kuku sudah. dan jangan la terlalu serius sangat dalam relationship tu, sebab kita tak boleh predict apa yang akan jadi lepas tu.

aku dah banyak sangat fikir sampai stress, dah tak larat fikir takut bila terlalu stress nanti kena admit g tanjung rambutan so now i wanna stop thinking and stop being sad because i deserve to be happy. everyone deserves to be happy kan, kenapa tak boleh tengok orang lain happy dan move on dengan orang lain? kalau close sikit dengan orang tu tak bermakna aku ada perasaan terhadap orang tu, dan kalau bermanja sikit dengan orang ni tak bermakna aku in love dengan orang ni. aku bukan jenis senang2 peluk orang itu pegang situ sini sana, sebab aku tahu batas batas pergaulan aku dan aku sangat menjaga diri aku, mungkin aku jenis pakai seluar pendek, tak bertudung tapi itu bukan bermakna aku jenis yang senang orang pegang2.

p/s : post ini random, aku tulis apa aku rasa, aku tau mesti ada yang terasa, so lepas ni aku tak update blog dah

3 comments:

ouh sara said...

random yang sangat NICE!

Shuhada Rabi said...

told ya, i write what I feel.
maaf kalau ada yang terasa.

Heart Dee said...

blog is our privacy.
write whatever u like.
ur blog yeah. :)

Post a Comment