antara realiti dan fantasi, sebuah ceritera adaptasi dari realiti menjadi fantasi. kebenaran atau kepalsuan, anda tentukan.
RSS

Wednesday, February 22, 2012

Best Friend

Asalamualaikum para pembaca sekalian,

Apa khabar anda di sana? Rindu tak pada blog ni setelah beberapa bulan di tutup? Ok harini tanggal 22 Februari 2012, blog ini dibuka secara official nya dan insyaAllah akan terus berada di layar internet selagi masih bernafas selagi tangan ini mampu menaip selagi otak ini masih waras dan mampu menulis dan segala jenis selagi lah.

Kalau dulu blog-blog aku semuanya di tutup demi menjaga hati seorang kawan, harini blog ini dibuka untuk menjaga hati sendiri. Siapa makan cili dia rasa pedasnya, dan siapa nak rasa kena tonyoh cabai, mai aku buatkan.

Best friend. Istilah ni dah selalu sangat aku rungkaikan dan ceritakan di blog-blog  aku  yang lepas. I had so many best friends in the past, dan sehingga hari ini, yang masih melekat sebagai best friend tidak lah seramai dahulu. The saddest part in life is when your best friends is apart from you, especially when they have gone a step further than you. What I mean is;

1. Maju setapak ke hadapan, mungkin dia dah berkerjaya, duit dah banyak, semakin stylo dan bergaya, 

2. Keluar dari kepompong yang lama, mungkin dia dah keluar dari kawasan atau daerah atau negeri yang dia bersama-sama membesar dengan kita selepas mengenal erti dunia, dia dah terjah ke tempat yang baru dan kenal dengan dunia yang baru dengan suasana yang berbeza,

3. Berkawan dengan kawan yang high-class, di mana dia dan kawan-kawan dia semuanya pakai barang-barang branded, tak pakai barangan Made in China atau barangan dari Siam dan Padang Besar,

4. Jumpa dengan kekasih hati yang baru, mungkin dari golongan kumpulan 3.

Manusia ni bermacam jenis.

The main thing I am trying to say here is, I lost a lot of best friends. 

People, blog ini diwujudkan kembali bukanlah dengan niat mengungkit perkara yang dah berlaku. Blog ini dibangkitkan untuk menyuarakan isi hati yang terbuku di dada, bukan dengan niat untuk menyakitkan hati mana-mana pihak.

The post I hated the most is about friends, and best friends. Because these type of posts are the posts that made me lost my best friends, in the past. 

Tapi anda kena ingat, bukan anda sahaja manusia yang mempunyai hati, perasaan dan naluri. Walaupun  aku, Shuhada Rabi seorang yang kasar, boyish, deep inside my heart,  aku juga punya perasaan.

Barang yang lepas, usah dikenang.

Betul, tapi, tanpa kenangan yang lalu, I am not who I am today. I would like to thank all of you, my ex-best friends and current best friends, for making who I am today. Thanks for letting me in your life once, and thanks for spending your precious time with me. We grew up together. But today, our road are diverged, you have your own way and my road leads me to where I am today. 

I might not be as success as some of you are today, mungkin tertulis anda seorang yang berjaya harini, anda berjaya melanjutkan pengajian anda ke tahap yang lebih tinggi, dan anda mungkin sekarang menjadi orang penting dalam sesebuah organisasi, and mungkin aku berada di tempat yang lama, tidak ada apa yang berubah. Aku tak salahkan sesiapa, aku yang pilih jalan ni dan aku ada plan dan rancangan yang aku sendiri tidak pasti sejauh mana aku mampu menjadikan fantasi aku itu sebuah realiti. 

Speaking about best friend, I really missed both of them. The kind of group of three that hanged out threegether at shopping mall, loitering around, watching movies back-to-back, having lunch or sometimes dinner threegether, we even went jogging together, photoshoot everywhere with just a cameraphone, blogged and talked about how much we hated each other and we're still friends. Tapi semua tu dulu.

Looking at some friends who are success makes me think, is this what I really want to do?

Kita jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment