antara realiti dan fantasi, sebuah ceritera adaptasi dari realiti menjadi fantasi. kebenaran atau kepalsuan, anda tentukan.
RSS

Saturday, February 25, 2012

Memories

I am currently following blogs named;

  • Stories of Life
  • Storie Morie
  • Stories of My Life
And I got confused when I read them on blogger dashboard and when I open each blog, then only I know whose blog it is. I have a really bad memory lately. Kena banyak makan kismis ni. 

Okay itu bukan main topic kita pada hari ini ye adik-adik. Topik kita hari ini ialah, memori.

Oh anyway, I just had Ramli Burger, and bought Hot Dog Egg for dad. Mahai gila sekarang, last time zaman diploma I could get them both for only less than 5 ringgit, now it costs more that that!

Let's get back to the topic.

Memori mengikut sumber Kamus Dewan Edisi Ke-4,

(mémori) 1. kenangan, ingatan; 2. bp bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat.

Semua orang mesti ada kenangan masing-masing, kan? So do I. That includes kenangan bersama kawan-kawan, sanak saudara ataupun kekasih hati. Terlalu banyak kenangan sampai mungkin aku ada terlupa sedikit kenangan aku bersama dengan korang semua. 

Kenangan terbahagi kepada dua, manis dan pahit. Sudah tentu semua orang mesti ada kenangan manis dan pahit masing-masing, kan? 

Sesetengah orang suka simpan kenangan mereka di dalam diari, mungkin ada yang kreatif, diabadikan memori ke dalam bentuk album bergambar. Teknologi berubah, mereka abadikan kenangan dalam bentuk klip muzik video. Perkahwinan, percutian, gathering bersama keluarga, rakan sekolah mahupun rakan sepejabat.

Kenangan manis, seronok untuk di ingat.

Kenangan pahit? Memang sakit, perit untuk di ingati. Tetapi kenangan pahit selalunya dijadikan teladan dan suatu proses pembelajaran. 

Ya, aku rindu akan semua kawan-kawan yang pernah aku lalu kenangan manis dan pahit bersama. Kenangan paling pahit aku lalui? Aku kehilangan terlalu ramai rakan baik. Tak, mereka masih hidup di dunia ini, tetapi aku kehilangan mereka sebagai rakan baik. Mungkin kerana masing-masing sudah punya agenda masing-masing, jadi aku sentiasa doakan kejayaan untuk rakan baik yang pernah menjadi orang yang penting dalam hidup aku.

Aku juga pernah bercinta dan putus di tengah jalan. (I hate to talk about love). 

Setelah lebih 21 tahun, aku belajar bukan semua orang boleh terima kita seadanya. Jangan dipersiakan jika ada orang yang dapat menerima kita untuk orang yang kita suka. Tak kira lah, suka sebagai kawan, ataupun suka untuk dijadikan kekasih kerana, orang yang kita suka tu, bila-bila masa sahaja dia boleh tinggalkan kita untuk orang yang dia suka...

My two boyfriends, 2008.


Kenangan perut tidak berlapis, 2010.

Zaman berfitness first, 2010.

Kenangan bersama rakan sekelas, 2010.

Menang tempat ke-3, Futsal 1Belia 1Malaysia Permatang Pauh, 2010.



Kaki terseliuh, bulat macam belon, 2010.

Kenangan, pakai tongkat ke dinner akibat terseliuh waktu training futsal, 2010.


Kenangan naik Cruise Tasik Putrajaya bersama Nadzirah, 2011.



Minggu terakhir praktikal, 2011.

Pertama kali berambut pendek, 2011.

Majlis sambutan hari jadi nenda yang ke-80, 2011.


Setakat ini sahaja gambar yang dapat saya coretkan buat masa ini.

For more, please visit; 



No comments:

Post a Comment