antara realiti dan fantasi, sebuah ceritera adaptasi dari realiti menjadi fantasi. kebenaran atau kepalsuan, anda tentukan.
RSS

Sunday, April 1, 2012

Merbuk

Alhamdulillah, harini genaplah tiga hari aku berada di Merbuk, sebuah kawasan yang memang familiar bagi student-student UiTM, tak kisah lah dia dari UiTM mana pun, mesti dia kenal Merbuk.

Year 2008, which was 5 years back, I told myself, and my family that I can never be here, and I will never will. It ended up that I was sent here for my Bachelor Degree.

Retak hati.

Tapi aku bersyukur kerana di beri peluang sekali lagi untuk berada di sini, di universiti yang yuran nya bawah RM800/semester, kemudahannya lebih kurang sama macam IPTS di luar sana. Yang lainnya cuma orang-orang yang berada di sekeliling.

Tak banyak yang lain, kalau nak dibandingkan dengan UiTM Penang. Muka memang lah tak sama, tapi perwatakan diorang membuatkan aku teringat kawan-kawan di Penang.

Bila ada masa terluang, atau masa terlebih kosong, aku balik ke Penang, jumpa mak. Seronok dapat tengok mak. Lepas rindu pada mak.

Aku benci hari Ahad, sebab kena bangun awal and balik ke Merbuk, bukan benci Merbuk tapi sayang nak tinggalkan rumah.

Seronoknya kalau dapat travel setiap hari kan. Dapat makan kat rumah tiap-tiap malam.

Cost for traveling, (RM3.60 + RM3.60) keluar masuk SP(S) + RM5.60 (Jambatan Pulau Pinang via TnG/SmartTag sahaja ye) and minyak, normally RM20 boleh bertahan Penang - Merbuk (gerak ke kelas 5 hari) - Penang.

Biar lah Kancil jer pun, seburuk-buruk kereta tu, ada 4 tayar bergolek boleh bergerak balik rumah pun jadi lah.

Kalau aku gila, dan aku masih waras lagi ni, aku balik seminggu 2 kali. Lepas ni kena kurangkan sebab nak jimat kos. Mother, I miss you already!

No comments:

Post a Comment